BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

PENUBUHAN

PENDAHULUAN

~ Penubuhan Kelab Komputer Sekolah Kebangsaan Jitra bertujuan menambahkan kegiatan di bidang pendidikan yang dijalankan di sekolah. Kelab ini bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran, saling lengkap melengkapi pembelajaran di bilik darjah bagi menyubur nilai-nilai murni.

~ Kelab Komputer ini adalah gerak kerja ko-kurikulum yang penting bagi melengkapkan pengetahuan dan pengalaman para pelajar di sekolah ini. Menerusi kelab ini, perkembangan sosial, minat dan bakat dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental pelajar-pelajar.

~ Kelab ini dapat membantu pelajar memperdalamkan pengetahuan tentang Teknologi Maklumat untuk memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti tempatan dan luar negara.

~ Menjadikan sekolah setaraf dengan sekolah bestari, sebagai tempat yang menarik dan mengembirakan pelajar.

~ Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang setanding dengan negara-negara yang telah maju dalam bidang perindustriaan. Demi mencapai hasrat tersebut, pelajar-pelajar yang masih di bangku sekolah harus disemaikan dengan rasa ingin dan cinta terhadap kemajuan. Mereka harus dilatih untuk menyumbangkan tenaga dan fikiran bagi menghasilkan rekacipta yang boleh memberi manfaat kepada manusia.



OBJEKTIF KELAB KOMPUTER
~ Mengumpul, menyimpan dan mengedar maklumat melalui komputer.
~ Mementingkan kemahiran untuk pengajaran dan pembelajaran.

~ Membina bahan-bahan media untuk pengajaran dan pembelajaran melalui komputer.

~ Meningkat taraf pengajaran, pembelajaran dan prestasi pencampaian akademik melalui komputer.

~ Menggalak para pelajar dan guru menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

~ Menggalakkan tabiat belajar sendiri dan tabiat ingin tahu di kalangan pelajar melalui penggunaan komputer dan internet.

~ Melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat kerja, serta menggunakan alat-alat berkomputer.

~ Melatih para pelajar mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.

~ Menanam sifat sabar supaya pelajar tidak putus asa apabila menghadapi dugaan atau cabaran seperti kesilapan atau kegagalan menghasilkan program komputer.

~ Menggalak guru-guru dan pelajar gemar membuat rujukan bahan bacaan atau berbincang sesama mereka yang lebih berpengetahuan dalam bidang sains komputer dan teknologi tentang alat-alat atau pemprosesan yang boleh meningkatan keilmuan pelajar di bidang komputer.

~ Mendedahkan kepada guru-guru dan pelajar tentang kemahiran menggunakan alat-alat tertentu dalam komputer.

~ Mendedahkan kepada pelajar dan para pendidik, ilmu penyelenggaraan komputer agar mereka dapat baikpulih sendiri komputer tanpa menghabiskan masa dan wang untuk dihantar ke kedai komputer.



MATLAMAT KELAB KOMPUTER

~ Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.

~ Menyediakan kemudahan mendapatkan pengetahuan dan maklumat dengan segera melalui komputer (internet).

~ Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan mengembirakan.

~ Kelab Komputer sebagai tempat untuk kegiatan pengajaran dan pembelajaran.

~ Membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang memetingkan keilmuan, dinamik, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah pelajar-pelajar di sekolah dan di kalangan masyarakat

~ Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan Falasafah Pendidikan dan Rukun Negara.

~ Mengukuh dan mengayakan pengalaman yang para pelajar perolehi dalam kelas.

~ Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran para pelajar dalam bidang-bidang berkomputer.

~ Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah.

~ Membina dan meningkatkan minat dan bakat para pelajar di bidang komputer.

~ Merapatkan jurang perbezaan kemudahan-kemudahan pendidikan antara sekolah-sekolah bestari dengan sekolah-sekolah biasa.

~ Kemudahan pengumpulan, penyimpanan, penyebaran dan pengurusan segala maklumat melalui komputer untuk keperluan pendidik dan para pelajar.

~ Kelab Komputer sebagai tempat untuk berlatih dan mendorongkan pendidik dan pelajar dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran untuk mengguna pendekatan berkomputer.

~ Menggalakkan penggunaan komputer dalam pengajaran dam pembelajaran oleh murid dan guru. Komputer sebagai alat bantu mengajar (ABM) yang lebih berkesan.

~ Menghasilkan media dalam pengajaran dan pengajaran melalui komputer agar pelajar lebih berminat untuk belajar.

~ Mengadakan program penggunaan komputer untuk para pelajar dan pendidik.

~ Memberi khidmat penerbitan bahan pengajaran dan pembelajaran berkomputer dan pengembangan untuk warga sekolah.

~ Membantu para pendidik dan pelajar mempelbagaikan kaedah pengajaran selaras dengan pendekatan melalui komputer.



PERSEDIAAN DAN PELAKSANAAN

~ Menubuh dan mengaktifkan Jawatankuasa Kelab Komputer Sekolah.

~ Memberi pendedahan dan kesedaran kepada ibu bapa dan para pelajar mengenai peranan mereka dalam program Kelab Komputer Sekolah

~ Menyediakan jadual waktu kelas komputer di waktu persekolahan harian.

~ Membentuk dan merancang Sukatan Pelajaran untuk kelas komputer agar selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.

~ Menyediakan Kurikulum Kelab Komputer dengan objektif dan kemahiran yang hendak dicapai.

~ Menetapkan tenaga pengajar dan pengawas bilik komputer.

~ Berusaha menyediakan kemudahan peralatan komputer sekolah.

~ Mendapat kebenaran pengakuan ibu bapa / penjaga tentang kesedian untuk menjadi ahli Kelab Komputer.
~ Meransang murid-murid sentiasa bersikap positif.

~ Menunjukkan inisaitif ingin mencuba dan berpandangan jauh.



PELAKSANAAN PROJEK KELAB KOMPUTER.

Untuk membantu pergerakan Kelab Komputer Sekolah berjalan dengan lincin, pengurusan yang teratur diperlukan. Pihak sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat perlulah bekerjasama membentuk Jawatankuasa Kelab Komputer.



CADANGAN AHLI JAWATANKUASA INDUK KELAB KOMPUTER

Penaung
Pn.Hjh Jamaliah bt Din
(Guru Besar)



Pengerusi
En.Abdul Aziz bin Baharom
(Penolong Kanan Pentadbiran)



Naib Pengerusi I
Pn. Kamariah bt Khalid
(Penolong Kanan HEM)



Naib Pengerusi II
En.Abd Halim Omar
(Penolong Kanan Ko-Kurikulum)


PERANAN JAWATANKUASA

Merancang, menyelaras dan melaksanakan kegiatan kelab dengan teratur dan terperinci, dengan mengembelingkan tenaga golongan murid, guru, ibu bapa dan masyarakat.



~ Berusaha bagi menyediakan kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan Kelab Komputer.

~ Berusaha meningkatkan lagi penglibatan murid dalam kegiatan Kelab Komputer.

~ Berusaha menerapkan nilai-nilai sosial yang positif, membina sikap dan tabiat dan budi pekerti yang baik di kalangan murid.

~ Memberi penghargaan kepada murid-murid yang melibatkan diri dalam kegiatan Kelab Komputer yang aktif.

~ Menilai keberkesanan kegiatan Kelab dari semasa ke semasa.



BIDANG TUGAS PENGERUSI KELAB KOMPUTER

~ Menjalankan tugas sebagai Pengerusi Kelab Komputer Sekolah.

~ Mempastikan segala perancangan aktiviti dan program Kelab Komputer berjalan dengan teratur.

~ Membimbing dan memberi galakan bagi meningkatkan lagi kecekapan guru melaksanakan kegiatan Kelab Komputer.

~ Memastikan matlamat Kelab Komputer Sekolah tercapai.

~ Bertindak sebagai pihak perantaraan di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.

~ Memberi contoh dan tauladan.



BIDANG TUGAS NAIB PENGERUSI I

~ Membantu menjalankan tugas Guru Besar.

~ Memangku tugas Guru besar semasa ketiadaan beliau di sekolah.

~ Mewakili guru besar bila keadaan memerlukan.



BIDANG TUGAS NAIB PENGERUSI II

Bertugas sebagai ketua penyelaras dan penyelia bagi semua kegiatan kokurikulum.



~ Bertanggungjawab dalam pengagihan tugas kepada guru.

~ Membantu guru besar dalam perancangan dan pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah.

~ Menentukan dan memilih kegiatan yang bersesuaian yang hendak dijalankan oleh kelab di sekolah.



BIDANG TUGAS GURU PENYELARAS

~ Menentukan penglibatan para pelajar dan pendidik.

~ Merekodkan semua kegiatan yang telah dijalankan oleh kelab.

~ Menyelaras dan melaksanakan unit-unit yang dipertenggungjawabkan.



PENYERTAAN PARA PELAJAR

~ Ahli kelab terbuka kepada pelajar sekolah dengan kebenaran dan kesanggupan ibu bapa/penjaga membayar yuran keahlian sebagaimana yang ditetapkan.

~ Guru harus memasti ada kesimbangan penglibatan murid dalam kelab komputer.

~ Kelas komputer dibuka untuk pelajar tahap 2.



PENYELIAAN KEGIATAN KELAB

Kehadiran: Kehadiran pelajar dan orang perseorangan yang terlibat hendaklah menepati masa yang ditetapkan. Rekod kedatangan pelajar hendaklah dicatatkan.



~ Penyertaan: Penyertaan dan penglibatan semua pihak hendaklah secara aktif dan menyeluruh.

~ Kemudahan dan peralatan: Semua kemudahan dan peralatan komputer yang ada hendaklah diguna dan dijaga dengan sebaik-baiknya.

~ Disiplin: Guru hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan dan disiplin sebelum, semasa dan sesudah kegiatan kelab dijalankan.

~ Kewangan: Bendahari hendaklah menyimpan rekod kutipan sumbangan dan perbelanjaan kelab. Semua kutipan hendaklah dimaklumkan kepada Guru Besar.



AKTIVITI KELAB

AKTIVITI BERTERUSAN

~ Sesi perbincangan tentang masalah-masalah seharian supaya dapat mengenalpasti masalah yang boleh diselesaikan.

~ Menganjurkan kelas-kelas komputer mengikut tingkat pencapaian para pelajar.

~ Waktu kegiatan Kelab Komputer hendaklah di luar jadual waktu rasmi sekolah.

~ Waktu kelas komputer hendaklah dimasukkan dalam Jadual Waktu resmi sekolah. Ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk belajar komputer.

~ Ahli-ahli kelab boleh dibahagikan kepada kumpulan yang kecil tidak melebihi tiga orang bagi satu komputer. Ahli boleh juga belajar bersendirian jika ia berminat dan berkemampuan.

~ Guru penasihat hendaklah menentukan tempoh masa ahli kelab menggunakan alatan komputer.

~ Keselamatan ahli hendaklah diutamakan bila mereka menggunakan alatan komputer.


AKTIVITI SAMPINGAN

~ Menjalan latihan asas bagi ahli-ahli Kelab Komputer untuk mengembangkan daya kreatif dan berkemahiran menggunakan komputer.

~ Menganjur ceramah oleh agensi-agensi kerajaan atau swasta yang ada kaitan dengan penggunaan komputer dalam kehidupan.

~ Menganjurkan lawatan ke tempat-tempat yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkomputer.

~ Pertunjukan filem atau vedio dokumentasi berkenaan dengan perihal komputer dan penggunaan komputer dalam kehidupan moden.

~ Membuat penilaian kegiatan Kelab Komputer Sekolah dengan mengadakan pelbagai ujian.

~ Mengalakan pelajar meneruskan pengajian untuk mendapat diploma atau ijazah di bidang komputer.

~ Di waktu rehat dan waktu petang pelajar dibenar untuk masuk ke bilik komputer bagi menjalankan aktiviti ulangkaji, main games (tajam minda), belajar secara bersendirian dengan mengguna CD. Pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00 untuk tujuan tersebut. Kegiatan pelajar akan diawasi oleh guru komputer dan juruteknik bertugas.

~ Menerbit risalah “IT dan ANDA” untuk diedar kepada warga sekolah.

~ Mengemaskini laman web kelab komputer.



PENUTUP

Apabila kegiatan dijalankan di luar sekolah, seperti lawatan sambil belajar, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi daripada ibu bapa dan Guru Besar terlebih dahulu.

Kebenaran Pengarah Pendidikan Negeri juga diperlukan, sekiranya kegiatan diadakan di luar negeri.



Semua kutipan wang sumbangan perlu dimaklumkan kepada Jawatan kuasa, semua kutipan wang hendaklah disertai dengan resit pembayaran sebagai bukti pembayaran.